Thursday, June 20, 2013

Short Trip : Marina Cove, Lumut.

hola!

so last weekend we all head to Lumut for a short trip. tiba2 je, book hotel pun malam sebelum tu. ingat nak try book dekat Coral Fishing Resort tapi dah full. so Marina Cove it is! family aku semua dah pernah pergi dah sini, aku je yang tak pernah lagi. so ini first time la.

sebelum bertolak tu adalah mama masak sikit2. masak kuah dhal nala punya sedap, sambal tumis udang, ikan sumbat, and goreng papadom sikit. bunyi mcm biasa je, tapi kalau dapat makan lepas swimming, perghhhhh.

the lauks.

the apartment was ok la, ada semua tapi cooking is not allowed. tapi kitorang main hentam je masak2, bawak periuk and portable stove siap. senang, tak payah keluar cari makan. kat lumut bukannya banyak pun tempat makan sedap. Ada dua bilik, ada je apartment yang tiga bilik tapi dah full.

Malam tu pulak pegi memancing. Area Coral Fishing Resort tu. tempatnya super gelap, tak berangin pulak tu. Memandangkan mode adventure aku tak berapa nak activate sangat, aku pun bosan la. Mata kail pulak rajin sangat la pulak nak tersangkut kat batu. Sebab asyik tersangkut sangat, aktiviti memancing dibatalkan. hehehe

 pemandangan dari dalam apartment.

dari balcony





 pilot penat. hehehe


pasang umpan
gelap
 potong umpan.


singgah aeon manjung otw balik.



Monday, May 13, 2013

Aiskrim Malaysia : Jagung

Pagi tadi mama rebus jagung and steam ubi keledek. Ubi tu sedap gila, manis. Jagung tu ada lebih, maka aku convertkan menjadi aiskrim. Project bersama kakak ipar.

Aiskrim Malaysia Jagung

Bahan-bahan
Kordial jagung (guna Tamin, bau dia sedap)
Susu pekat disukai ramai
Gula
Isi jagung
Sukatan : gunakan deria rasa masing2

1. Masak air panas. Larutkan gula.
2. Masukkan kordial. Campurkan susu pekat
3. Blend jagung bersama sedikit air yang dah dibancuh tadi bagi tekstur dia mcm jagung krim yg dalam tin tu, masak kejap atas api (kitorg try and error, mula masak jagung tu and try hancurkan, tapi  tak berapa nak hancur, maka blendkan ajeeee)
4. Campurkan jagung blend ke dalam air.
5. Isi ke dalam plastik.
6. Esok boleh makan! Hehehehe

Gambo ambik dari instagram kak ekin.

Tuesday, April 9, 2013

Berat.

So semalam aku timbang, 59kg! Hambik kau!

Dah mana taknya, masak banyak, makan pun banyak. Belum kira ais krim, biskut, cekelat cikedis semua. Tekanan jiwa lagi bahahaha

Oh no no. Ottoke?

Monday, April 8, 2013

Pancake.

Hari ahad lepas, aku bangun seawal 9 pagi dan zummmmmm!! Ke dapur. Kemain laju. Cadangnya nak buat pancake la. Ok la, ni kira first time pancake aku jadi gebu macam ni. Rasa macam doraemon pulak masa makan walaupun doraemon makan dorayaki. Ada aku kesahhh

Makanya aku pun nak contenglah resepinya di sini sebab nanti entah kan hilang ke, lupa ke.

Resepi Pancake Gebu Macam Perut Doraemon.

1 biji telur
1 cup tepung gandum
1 tsp baking soda
3-5 tbs gula
1 tbs minyak
1 cup susu
Vanila essence seciput.

Instructions.

1. Asingkan telur kuning and putih. Pukul telur putih sekencang yang boleh sampai dia kembang dan putih2 melati ali baba.

2. Tapis tepung. Kalau tak nak pun takpe. Tapi kalau tapis lebih sejahtera.

3. Dengan tenang, campurkan kuning telur, minyak, susu, baking soda, vanilla dan tepung. Kacau bagi mesra bahagia.

4. Campurkan bahan2 yang telah dikacau tu ke putih telur tadi tu. Kaup balik kan. Atau omputihnya, fold. Kehkehkeh

5. Panaskan non stick pan, guna api rendah je. Kalau kuat kang jadi lempeng pulak. Tak payah butter pun takpe.

6. Letakkam batter tadi atas pan. Kalau guna 1/2 cup, boleh dapat 5 pancakes. Kalau ikut dalam cook show japan, dorang dropkan batter tu approximately 11 inch dari atas pan. And i did that. Hehehe

7. Tunggu sampai ada bubble2 kat batter tu then whhoopp! Terbalikkan. Masak side yang lagi satu beberapa minit then angkat. Tudiaa explain buat pancake sampai 7 steps.

The green thing.

In these few months i've had COUNTLESS of sleepless night. I sleep at 6am plus minus, almost everyday. My sleep cycle is temporarily damaged. Persoalannya,

APA YANG AKU BUAT KALAU TAK BOLEH TIDUR?

1. Tengok youtube. Random videos. From cook show (i freaking love cook showsss!!!) to kpop to hindustan to omputih to ongkita hehehehe. I just watch them all. Sometimes i watch pokemon.

2. Tengok roommates tidur. Pandang ke luar tingkap. Memikirkan perihal masa depan yang tidak pasti.

3. Pergi dapur buat something. As for example, malam ni aku buat sponge cake sebab teringin.

4. Sebenarnya sekarang ni, craving sebenar2nya adalah pesto spaghetti. Sobs. Later la i'll buy pesto then i can make some.

5. Baring. Terkebil-kebil. Goyang2 kaki sebab kaki ni dah rasa berat sangat dah, peha selambak. Angkat2 kaki, at least boleh la stretch abdominal oblique muscle sikit. A kata kalau tak boleh tidur, cuba pejam mata and roll eyes. Haha sekarang ni aku tak boleh buat, sebab hari tu dok sedap sangat tenyeh mata, sampai sengal rasa mata.

Ok bye.

Tuesday, March 26, 2013

Tea of coffee?

Tea. Aku ni seorang yang boleh dikatakan agak suka meminum tea. Semua tea aku boleh hadap setakat ni, except green tea, black tea, laici tea and oolong milk tea. Haha entah apa2. Tea2 lain yang pelik tak pernah try lagi, aku tak tahu la boleh hadap ke tak.

Tapi sekarang ni, aku ada satu habit minum greea tea without gula, everyday. Sebelum ni kan aku tak suka green tea, aku jadi pening bila minum. Then aku ingat kalau tambah gula lagi ok, rupanya oh tidak, sangatlah tak sedap tambah gula. Tapi disebabkan aku dah beli twinings green tea, sayang kalau tak minum, maka aku tabahkan hati, cekalkan jiwa, minum. Sekarang, tetiap hari aku minum. Rasa addict semacam.

Coffee. Jujur aku cakap dulu aku tak suka. Habis minum pun latte sebab coffee dia mild. Sebab aku ni jenis kalau minum benda2 caffeine ni walaupun sikit, first aku akan susah sangat nak tidur, second badan aku akan angin semacam, third kencing aku pun nanti bau benda yg aku minum. Kalau latte, bau latte, kalau mocha, bau mocha. Aku ni dah memang susah tidur malam punya orang, so aku malas lah nak menambahkan lagi problem.

Then on 2009, aku try frappe dekat McCafe, sekali cuba pasti mahu lagi. Sikit2 frappe, setiap minggu mesti ada episod frappe. Lepastu aku pun mula berjinak2 dengan yg lain. Minum cappucino, americano bagai secara intensif,maka body system aku pun boleh adapt dengan jayanya. Cuma kadang2 angin tu datang menyerang. Terpaksalah tidur menonggeng.

Ok sebenarnya aku nak cakap yang aku tengah addict minum green tea je sekarang. Hahahaha

Monday, March 25, 2013

Tanah Kubur Season 6 episode 7

Seriously memang wujud ke suami sebodoh itu?

Ok lah cerita dia macam ni.

Si suami F selalu outstation. Then selalu la tinggal bini, M, sensorang kat rumah. Tapi F suruh bestfriend dia, yang jugak merupakan seorang lelaki, S,teman bini dia kt rumah. Bukan teman biasa tahu, teman masa malam, tidur di rumah F semasa dia outstation. Kerja gila woi. Si F ni kira percaya la kat kawan dia si S, bestfriend katanya. Katenyeeee

So, si M seorang isteri yang kesepian dan kegersangan, mula lah menggoda si S. Memandangkan si S ini seorang lelaki normal yang berhawa nafsu, maka dilayankan aje kegersangan M.

Pada suatu hari, S nak menyalakan rokok, so dia pergi dapur. Nak bukak api stove la kan, then api terkena muka dia. Yg S ni pun boleh tahan jugak kebenakkan dia, sapa suruh pergi sua muka kat stove tu, sua rokok sudeh. Ha lepas muka kena api, menjerit and terkapai2 la kan, then terhantuk pintu pulak dah, berdarah, langsung mati situ.

So keesokan harinya, masa nak menguruskan jenazah, hero kita pun, Tok Adi sampai. F pun balik dari outstation. Muka jenazah haruslah buruk kan. Then si F ni pun menangis lah wuuwuuwuu. Then bini dia menipu la, dia cakap malam tadi S minum smpai mabuk, and rogol M. So F ni mengamuklah, dimarahnya jenazah tu.

Tiba2, jenazah tu bangun siaaaaa. Kelam kabut habis. M jadi takut gila sebab terkejut, and dia pun mengaku la kat husband dia yang sebenarnya dia yang goda S.

Persoalannya, bagaimanakah seorang suami sanggup suruh lelaki lain teman isteri dia semasa si suami ni tiada di sisi? Weng ke camne? Aku rasa apa2 alasan pun takkan dapat diterima. Benda ni memang tak patut jadi. Kalau dah tak boleh sangat, risau sangat kat bini tu, banyak-banyaklah berserah kat Allah. Suruh laki lain p jaga pasaipa..

Sekian. Eheks

Saturday, March 23, 2013

Taller

Aku rasam macam dah semakin tinggi. This maxi dress was bought by A for me, last year from thepoplook. Masa mula2 dapat, dress ni agak panjang la. But tadi, aku try balik, panjang dia ngam ngam soi je! Wahhh so happyyyy.

Tapi dress ni tak pernah pakai lagi, entah la kenapa. I think i need to buy a cropped shirt la, so that maxi ni boleh convert jadi skirt.

83. Would you rather lose all your old memories or never be able to make new ones?

I know some of us might opt for none of the above, but then that's not how things work. We must make decision to live. Life is about decisions (that's deep alia, that's deep).

So i would choose to lose all my old memories. Heheheheh memories will remain as they are, nothing we can do about them besides reminiscing and learn from them. It isnt wrong to look back, but looking forward is better.

Tet tet tetttt

Earlier today when i was ironing my skirt, tetiba iron berapi. Terkena tangan, at first i thought biasalah kena electric shock, then tetiba keluar api pulak. And i was like "eh ada api. What should i do eh"  and just stared at it. Hahaha

My roommate was quick and she pulled the plug off. Lepastu check tangan, ah sudah melecur sikit. Siap ada hitam2 mcm kesan kema bakar. Lepas tengok baru rasa sakit.

Kifarah dosa.

Friday, March 22, 2013

82. Do you own your things or your things own you?

Aha! It really depends on what kind of thing is it, no really.

If it's gadgets like handphones, tabs, ipads, ipods, i must say i own them! U see, i'm not the type of person who goes all nuts when choosing the case/cover/whatever for them, i dont even like the screen protectors. I just dont. Or maybe, i'm just that careless, and reckless hehehe

Let's say the new hit in town in Galaxy A, then i bought it. Few weeks later a pink or green version of it released. I wont be bothered about it AT ALL although i'm a sucker for those two colours. Just like when i bought this tab of mine. I wanted the white one then my friend got the black one for me, and i was just like "okay takpe je :)"

Second. If it's about baju, skirt, tudung, shoes, they freaking own me. Not that i'm THAT fashionable, but still, i looooove them.  If i love the pleats then u cant touch my pleats, if i love the prints, well then my dear u cant touch my prints. Ehehe gek wak ai ming?

Sunday, March 10, 2013

And then reason is....

Why i start blogging back?

Simply because i think my life has turned totally upside down, things dont go as i planned, i'm in absolute misery, BUT! It's getting more interesting and i need to keep a record of it.

Why should i make it public? Eh suka hati lah!

One day, when all these 'ujian' has passed, i shall look back and be super grateful.

But for now, hasbunallah wa ni'mal wakil :)

women's day 2013.

women's day. made vegetarian lasagna, roasted garlic black pepper chicken and gravy, and mashed potato.

tak jumpa ricotta for the white sauce. selalunya ada je dekat bahagian cheese tu tapi on the day i bought the ingredients for all these, takde pulak ricotta. maka, mari kita memanfaatkan kbkk yg kita pelajari selama 11 tahun masa persekolahan.

so i bought cream cheese, campur telur and kacau guna mixer. selepas sebati, mix it with spinach. tadaaa! and it turned out well. alhamdulilah :)

disebabkan rajin and resipi ni super easy, so di sini aku bagi resipinya.

vegetarian lasagna.

(sukatan bahan adalah sesuka hati sebab aku pun main campak je)

red sauce
any pasta sauce yang berkenan di hati. the red one. (1 jar)
(bukan tomato puree ye, pasta sauce, yg dah memang sedia sedap tu. kalau nak guna puree pun boleh jugak, pandai2 lah season-kan kuah tu, dengan oregano ke garlic ke)

white sauce
cream cheese ( 2 bekas)
telur (2 bijik/butir, entah la mana satu penjodoh bilangan dia)
spinach (ikut tekak masing2. aku gila sayur, bergenggam2 jugak la aku campak)
note : selalunya org guna ricotta cheese, kalau ada, guna la, and tambah telur jugak.
       : atau pun kalau nak cheaper option, boleh buat bechamel sauce, murah sebab boleh guna cheddar je.

campurkan cream cheese/ricotta + telur, kacau bagi sebati.
then campur dengan spinach.
  
bahan-bahan lain

lasagna sheet (read the instruction before use! ada yang kena rebus dulu, ada yang tak payah. mine tak payah)
mushroom
capsicum
carrot (kalau suka. aku tak letak sebab ada housemate tak berapa makan carrot)
mozzarella cheese
parmesan cheese
(kalau nak pilih antara dua cheese ni, aku suggest pilih la mozzarella sebab mozzarella ni ada rasa meaty sikit compared to parmesan, in my opinion lah)

ok now layering time!

1. bawah sekali, letak the red sauce. bagi aku lapisan paling bawah tak berapa penting, asalkan dia cukup untuk membasahkan lasagna sheet aku, kira ok la. so aku letak beberapa sudu, then cmpur dgn 2-3 sudu air panas.

2. letak lasagna sheet.

3. letak the red sauce balik. then letak mushroom + carrot.

4. letak white sauce pulak. make sure semua lasagna sheet tu covered with sauce. kalau tak, keras pulak nanti. kemudian, taburkan cheese pilihan anda like your life depending on it! hahaha

5. ulang step 2,3, 4

6. layer yang paling atas, letak lasagna sheet, white sauce tapi jangan letak spinach, then cheeeeeeeeese!

7. cover with aluminium foil, bake in the oven, 200degree C, 25-30 minutes, then remove the foil, bake for another 10-15 minutes, depending on how brown u want your cheese to be.

8. wait for 15-20 minutes sebelum potong/cedok dan ngap!


selamat hari perempuan!



Wednesday, March 6, 2013

olio

Cooked spagetti olio with scallops and it was sooooo goooooood!

Saturday, March 2, 2013

tak tidur lagi. lahad datu

518 am. entah apa yang aku makan or minum siang tadi, sampai sekarang tak lelap2.

peristiwa lahad datu. aku pun tak faham sangat apa yg jadi, atau reason behind what happened. tapi yang aku tahu, ada anggota polis atau komando mungkin yang terkorban. yang membuatkan aku terfikir, BERANINYA! orang lain mati sebab sakit itu sakit ini, accident ke, tapi komando ni, masyaAllah berani, mati kerana mempertahankan negara.

berapa ramai sangat la org yg berani buat mcm ni? polis, tentera, komando yang selalu dimaki kadang2 tanpa sebab, bila jadi mcm ni, berani sungguh jadi frontline. aku rasa perasaan hormat yang lain macam bila baca berita ini.

let's face it. sekarang ni keyboard warrior je ramai. contoh, bila org kutuk agama, atau negara, membuak2 perasaan marah tu, laju je menaip, ayat yang keluar semua pungpangpungmakimakimaki. tapi, cuba kalau tiba2 Malaysia kena serang, yang pungpangpungpangmakimakimaki ni dengan volunteernya nak menumpahkan darah ke, atau berdesup masuk bilik korek laci cari pasport and blah?